Thursday, 23 December 2021

MENJAYAKAN KEBERHASILAN PENDIDIKAN YANG DIMAKTUBKAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

 

MENJAYAKAN KEBERHASILAN PENDIDIKAN YANG DIMAKTUBKAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Nur Amy Nadzirah Binti Mat Zali(D20211098512)

Falsafah Pendidikan kebangsaan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mengandungi beberapa matlamat yang dimaktubkan dalam falsafah Pendidikan kebangsaan Pendidikan ke arah mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, menjadikan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, melahirkan insan yang berilmu, berkahlak,bertanggungjawab dan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmoian keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu, semua matlamat di atas tidak akan tercapai sekiranya guru tidak memberi kerjasama yang baik dan memainkan peranannya. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, jelas mengatakan bahawa tujuan Pendidikan tinggi atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab,berhati mulia, berakhlak dan berbakti.

 Memperkembangkan diri dan murid secara holistik

guru wajib memainkan peranan kerana ianya penting dalam merealisasikan semua matlamat ini iaitu dalam mengembangkan potensi individu secara menyeluruh yang merangkumi dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek.Potensi merupakan bakat, kebolehan atau keupayaan yang ada pada seseorang individu. Sejak lahir individu memiliki pelbagai keupayaan, Namun begitu, tidak semua bakat atau keupayaan dapat dilihat dengan jelas kerana sebahagianya lagi adalah terpendam dalam diri individu.Sehubungan dengan itu, guru berperanan mengembangkan potensi murid setiap murid sehinggan mencapai ke tahap cemerlang. Justeru itu, jasmani murid boleh diperkembangkan melalui penglibatan aktif seseorang murid melalui aktiviti kokurikulum. Manakala emosi, rohani dan intelek pula boleh diperluaskan dengan melibatkan murid itu ke dalam setiap aktiviti pengajaran dan program-program ilmiah seperti forum, debat atau berpidato.Oleh itu, di sini guru ditugaskan untuk memberi secara langsung iaitu dengan tunjuk ajar dan pengukuhan supaya  murid sentiasa bersemangat untuk terlibat dalam sebarang aktiviti kokurikulum. Ini secara tidak langsung dapat membantu murid berfikiran terbuka, berfikiran cerdas dan tergolong dalam golongan kelas pertama.

Memupuk Cinta Murid Terhadap Ilmu dan Berperibadian Murid

Selain itu,memupuk rasa cinta murid terhadap ilmu pengetahuan dan peribadi yang mulia. Hal ini dikatakan demikian kerana untuk melahirkan murid yang berlimu, guru perlulah menyemaikan minat murid terhadap ilmu sejak dari mula lagi.Bukan itu sahaja, guru harus menekankan kepentingan ilmu kepada murid kerana ia tiket kejayaan dunia dan akhirat. Penelitian harus diberikan ketika melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui proses ini dapat menyemai rasa cinta terhadap diri, masyarakat dan negara. Sehubungan dengan itu, tugas seorang guru itu bukan sahaja terhad di dalam kelasa sahaja kerana ia perlu mengajar, mendidik dan memimpin.Malah mengajar itu agak terbatas dan perlu disempurnakan di dalam kelas sahaja tetapi tugas mendidik dan memimpin sentiasa berterusan walaupun murid itu tidak berada di Kawasan sekolah.

Melahirkan Rakyat Malaysia yang Berketerampilan

Di samping itu,rakyat Malaysia yang berketerampilan.Hal  ini dikataka demikian kerana keterampilan membawa maksud mempunyai kebolehan dalam melaksana dan menyempurnakan sesuatu tugas serta tanggungjawab dengan cemerlang.Keterampilan juga meliputi beberapa aspek seperti pemikiran, kepercayaan dan perasaan.Matlamat yang ingin  dicapai dalam keberhasilan pendidikan ini adalah melahirkan rakyat yang  berkemahiran dan  kecekapan dalam melaksanakan suatu tugasan agar setiap tugasan yang dilaksanakan menjadi sempurna. Sebagai contoh ciri-ciri seorang individu yang berketerampilan yang ingin diwujudkan dalam sesebuah negara ialah berilmu pengetahuan ynag tinggi. Ilmu pengetahuan sememangnya merupakan kunci satu kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.Dalam situasi perkembangan dunia kini dimana perkembangan teknologi begitu pesat , jadi ilmu pengetahuan mudah untuk dirungkai dan diperolehi.

 Membangunkan Pelajar Secara Seimbang Dan Harmonis    

 Justeru itu, membangunkan pelajar secara seimbang dan harmonis juga merupakan elemen dalam menjayakan keberhasilan Pendidikan. Hal ini dikatakan demikian kerana keseimbangan adalah penting bagi memastikan tiada mana-mana aspek yang diberi perhatian lebih dan ada pula aspek tertentu ysng terabai.Manusia yang sejahtera merupakan manusia yang pembangunan dirnya berlaku secara menyeluruh melibatkan semua  potensi diri.Dalam hal ini, ia boleh jadi insan yang berjaya dalam kerjayanya, bersyukur dengan nikmat yang diterima  tetapi pada masa yang sama sedia berhadapan dengan segala cabaran dan rintangan yang dihadapi, bertingkah laku baik,tidak mementingkan diri sendiri dan sedia membantu orang lain serta prihatin. Sebaliknya, seseorang ynag bijaksana dan mampu menjawat jawatan yang memberikan pendapatan lumayan belum tentu kehidupannya harmonis jika pada masa yang sama tidak berbudi pekerti mulia, tidak manghormati orang lain dan tidak menunaikan tuntutan agama.Oleh itum FPK jelas menegaskan pembangunan insan hendaklah seimbbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani bagi membolehkan manusia menjalani kehidupan dengan harmonis, seterusnya membentuk keluarga, masyarakat dan negara yang aman dan damai.

Meletakkan Kepercayaan Kepada Tuhan sebagai Asas  

Seterusnya, berpaksikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan merupakan prinsip pertama Rukun Negara.Mempunyai kepercayaan beragama serta mematuhi dan mengamalkan segala perintah agama adalah penting dalam mengawal diri individu.Hal ini dikatakan demikian kerana ianya menunjukan betapa pentingnya prinsip ini kepada pembentukan sebuah negara Malaysia yang harmoni di mana rakyat di negara kita terdiri daripada pelbagai agama,kaum budaya, Bahasa dan sebagainya.Dalam Falsafah Pendidikan kebangsaan kepercayaan dan kepatuhan dapat meningkatkan dan mengukuhkan kepercayaan beragama serta dapat menyedari bahawa manusia dijadikan untuk memakmurkan alam merupakan elemen yang keenam dan ketujuh dalam FPK.Seterusnya, dalam elemen yang kelapan menjelaskan setiap individu juga harus sedar bahawa manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatannya  manakala dalam elemen yang kesembilan dalam FPK juga mengetahui bahawa fenomena alam adalah peraturan yang ditetapkan Pencipta. Oleh sebab itu, kita haruslah sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah berikan kepada kita selama ini.Tambahan pula, setiap individu perlu yakin wujudnya Pencipta yang mencipta manusia dan alam.Dalam hukum dan fenomena alam hendaklah difahami dan dipatuhi agar kesejateraan dan kemakmuran terpelihara.Manusia yang dijadikan oleh Pecipta adalah dipertanggungjawabkan untuk menjaga alam dan mentadbir alam.Sekiranya amanah ini diabaikan boleh membawa bencana dan malapetaka yang boleh menganggu kesejahteraan dan kemakmuran manusia dan alam.

      Kesimpulannya,kewujudan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berfungsi sebagai panduan kepada para pendidik untuk terus produktif dan kreatif dalam melaksanakan aktiviti Pendidikan sama ada dalam bidang kokurikulum mahupun kurikulum. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juag merupakan pernyataan yang mengandungi perkara-perkara yang mesti menjadi panduan dan rujukan untuk merancang, melaksana dan mencapai matlamat Pendidikan Malaysia. Secara tersurat Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi 2 ayat dan 69 patah perkataan tentang proses dan matlamat Pendidikan yang dihasratkan.Oleh yang demikian keberhasilan tersebut bergantung kepada sejauhmana guru-guru sebagai pelaksana dapat memahami dan menterjemahkan hasrat tersebut menerusi perana yang mesti ditunaikan.

 

 

No comments:

Post a Comment

                                 NAMA KURSUS; PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR KOD KURSUS: (KPF 3012) KUMPULAN: H NAM...