Thursday, 23 December 2021

IMPAK PERANAN GURU KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT PENDIDIKAN MALAYSIA

 

IMPAK PERANAN GURU KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT PENDIDIKAN MALAYSIA

Khir Badriz Bin Mohamad(D20211100288)

Guru perlu mengamalkan kemahiran professional

Guru yang mempunyai kemahiran profesional yang tinggi dan kecerdasan emosi memainkan peranan penting dalam memupuk generasi yang berpengetahuan, berpengetahuan, mahir, dan beretika selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Peranan ini penting dalam mempromosikan pendidikan Malaysia kepada pendidikan bertaraf dunia. Kemahiran yang perlu dipedulikan adalah pemikiran dan kemahiran membina. Ajar pelajar untuk menggunakan pemikiran peringkat tinggi, melatih pelajar dengan modal intelektual yang tinggi, dan bersedia untuk era globalisasi. Dia juga menghadapi landskap yang jauh dan luar biasa. Secara tidak langsung, ia juga menggalakkan guru untuk menguasai pelbagai kemahiran umum, seperti berfikir dan mengintegrasikan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran, serta kemahiran bahasa kedua.Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran sentiasa menganjurkan pelbagai kursus jangka panjang dan pendek untuk guru agar para pendidik dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran ini dalam proses PdP.

Guru sebagai pendorong pemikiran kritis dan kreatif.

Guru dianggap sebagai pengusaha dan perlu mempunyai ciri-ciri pengusaha yang dinamik dan mempunyai kemahiran dan kebolehan inovasi dan pemikiran kreatif. Ini kerana usaha akan membawa kepada pembangunan modal insan negara melalui idea-idea mereka. Peranan guru akan mengukuhkan gaya pemikiran pelajar, membolehkan mereka menjana idea-idea baru yang bijak dan kreatif, dan memupuk pelajar yang kompeten dalam pelbagai bidang dan kebolehan. Guru bertanggungjawab meransang pemikiran murid dengan pemilihan teknik yang memberi ruang kepada murid untuk meneliti, mengamati dan berfikir serta pembelajaran di luar bilik darjah yang meluaskan lagi pengalaman dan pengamatan pelajar terhadap persekitaran. Selain itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersumberkan kepada mengajak murid-murid berfikir dan menyelesaikan masalah di samping membaca pelbagai bahan.

Guru berperanan menggilap potensi murid-murid

Setiap manusia diberi kelebihan dan kekurangan masing-masing yang berbeza-beza. Sebagai seorang guru keistimewaan yang dicari dan digilap bukan kelemahan seseorang murid yang dicari agar menjadi manusia yang berguna bukan sahaja untuk diri sendiri malahan mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, guru hendaklah bijak memainkan peranan tersebut agar kebolehan murid-muridnya tidak disia-siakan begitu sahaja. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memastikan kurikulum sekolah mampu memanfaatkan potensi sedia ada di dalam diri murid dengan memberi penekanan kepada pendidikan berasaskan nilai murni sperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam dan nilai merentas kurikulum. Guru yang mengendalikan mata pelajaran tersebut akan berperanan dalam mengenal pasti bakat murid dan seterusnya menggilap potensi mereka.

Guru bertindak sebagai pembentukan nilai atau role model

Nilai menjadi kayu ukur mutu sesuatu perkara. Nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Maka, guru hendaklah mempunyai sifat dan kualiti professional, peribadi dan sosial yang baik lagi murni supaya dapat menjalankan tugas sebagi pendidik dengan sempurna. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada murid-murid. Ini mendorong kepada perkembangan beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalan di dalam bilik darjah.

Guru berperanan sebagai pembimbing

Guru bukan sahaja bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran mata pelajaran kepada murid malah perlu memastikan muridnya mempunyai kemahiran menagani masalah yang dihadapi di dalam kehidupannya. Peranan guru sebagai pembimbing dan kaunselor sangat penting dalam memastikan pembangunan manusia yang berilmu dan boleh berfikir untuk membawa perubahan kehidupan manusia ke arah yang lebih selesa dan sempurna. Guru yang bertindak sebagai pembimbing akan membantu muridnya seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi dan bersedia dengan kemahiran bimbangan dan kaunseling untuk membimbing pelajar dalam proses pembinaan modal insan yang menepati acuan seperti mana yang termaktub pada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Kesimpulannya, dengan usaha yang bersungguh-sungguh menerusi transformasi bersepadu sudah pasti sistem pendidikan negara mampu mendepani cabaran yang sentiasa berubah pada abad kini.

 

No comments:

Post a Comment

                                 NAMA KURSUS; PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR KOD KURSUS: (KPF 3012) KUMPULAN: H NAM...