Thursday, 23 December 2021

KEPENTINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KEPENTINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Nurul Syafiqah Binti Jamaluddin Thani (D20211098496)

Pendidikan merupakan teras kepada kehidupan yang sejahtera dan dinamik. Pendidikan yang berkesan bakal melahirkan bangsa yang mempunyai jati diri yang kuat dan mulia. Dalam pendidikan,peranan pendidikan amatlah penting dalam pembentukan generasi muda untuk menjadi rakyat Malaysia yang dapat menyumbangkan bakti dalam perkembangan ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik. Matlamat pendidikan Negara dapatlah dinyatakan secara ringkas sebagai usaha untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah diri yang baik, seimbang dan seiring dari segi intelek, rohani dan jasmani.

            Antara kepentingan falsafah pendidikan kebangsaan terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia ialah pendidikan suatu usaha berterusan. Dalam membangunkan modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek, ternyata elemen ini perlu dilaksanakan dengan jayanya. Proses pendidikan ini merupakan proses secara berterusan sepanjang hayat yang mana bermula dari pendidikan tidak formal di rumah dalam peringkat awal kanak-kanak seterusnya di prasekolah, disambungkan di sekolah rendah dan sekolah menengah dalam peringkat remaja.Tidak terhenti setakat itu,pendidikan di institut Pengajian Tinggi menjadi destinasi budaya ilmu seterusnya. Jelaslah pendidikan secara berterusan ini merupakan hasrat utama Falsafah pendidikan Kebangsaan. Semua ini bermula dengan memperkasakan ilmu secara berterusan.

Di samping itu,memperkembang potensi individu. Setiap individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti intelek, jasmani, emosi dan rohani sejak lahirnya. Kebanyakan potensi atau bakat seseorang individu adalah terpendam dalam kendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana, fungsi falsafah pendidikan ialah memperkembang dan meningkatkan potensi individu supaya dapat mencapai tahap yang cemerlang.

Selain itu juga, perkembangan dari unsur jasmani juga merupakan kepentingan yang dapat difokuskan iaitu ianya dapat memberi kesihatan tubuh badan individu seperti memperkembang kepada tahap keupayaan seperti menjaga kesihatan tubuh badan diri melakukan riadah dengan sempurna iaitu menggunakan bakat dan kemahiran dengan cekap. Hal ini dapat memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan untuk kepentingan masyarakat dan meningkatkan daya pengeluaran demi memberi sumbangan kepada kemajuan Negara.  

            Kesimpulannya, matlamat memupuk insan yang seimbang dan harmonis boleh dicapai apabila semua potensi yang ada pada dirinya telah dikembangkan secara selaras menyeluruh dan harmonis. Seorang individu yang seimbang dan harmonis adalah manusia yang telah memiliki sahsiah yang bersepadu, menikmati keseimbangan dan kesejahteraan dalam jiwanya. Jelaslah bahawa falsafah pendidikan kebangsaan merupakan pernyataan yang mengandungi perkara-perkara yang mesti menjadi panduan dan rujukan untuk merancang, melaksana dan mencapai matlamat pendidikan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

                                 NAMA KURSUS; PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR KOD KURSUS: (KPF 3012) KUMPULAN: H NAM...