NAMA KURSUS;
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR
KOD KURSUS:
(KPF 3012)
KUMPULAN:
H
NAMA PENSYARAH:
TS. DR. MOHD RIDHUAN BIN MOHD JAMIL
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
KEPENTINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Nurul Syafiqah Binti Jamaluddin Thani (D20211098496)
Pendidikan merupakan teras kepada kehidupan yang sejahtera dan dinamik. Pendidikan yang berkesan bakal melahirkan bangsa yang mempunyai jati diri yang kuat dan mulia. Dalam pendidikan,peranan pendidikan amatlah penting dalam pembentukan generasi muda untuk menjadi rakyat Malaysia yang dapat menyumbangkan bakti dalam perkembangan ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik. Matlamat pendidikan Negara dapatlah dinyatakan secara ringkas sebagai usaha untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah diri yang baik, seimbang dan seiring dari segi intelek, rohani dan jasmani.
Antara kepentingan falsafah pendidikan kebangsaan terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia ialah pendidikan suatu usaha berterusan. Dalam membangunkan modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek, ternyata elemen ini perlu dilaksanakan dengan jayanya. Proses pendidikan ini merupakan proses secara berterusan sepanjang hayat yang mana bermula dari pendidikan tidak formal di rumah dalam peringkat awal kanak-kanak seterusnya di prasekolah, disambungkan di sekolah rendah dan sekolah menengah dalam peringkat remaja.Tidak terhenti setakat itu,pendidikan di institut Pengajian Tinggi menjadi destinasi budaya ilmu seterusnya. Jelaslah pendidikan secara berterusan ini merupakan hasrat utama Falsafah pendidikan Kebangsaan. Semua ini bermula dengan memperkasakan ilmu secara berterusan.
Di samping itu,memperkembang potensi individu. Setiap individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti intelek, jasmani, emosi dan rohani sejak lahirnya. Kebanyakan potensi atau bakat seseorang individu adalah terpendam dalam kendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana, fungsi falsafah pendidikan ialah memperkembang dan meningkatkan potensi individu supaya dapat mencapai tahap yang cemerlang.
Selain itu juga, perkembangan dari unsur jasmani juga merupakan kepentingan yang dapat difokuskan iaitu ianya dapat memberi kesihatan tubuh badan individu seperti memperkembang kepada tahap keupayaan seperti menjaga kesihatan tubuh badan diri melakukan riadah dengan sempurna iaitu menggunakan bakat dan kemahiran dengan cekap. Hal ini dapat memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan untuk kepentingan masyarakat dan meningkatkan daya pengeluaran demi memberi sumbangan kepada kemajuan Negara.
Kesimpulannya, matlamat memupuk insan yang seimbang dan harmonis boleh dicapai apabila semua potensi yang ada pada dirinya telah dikembangkan secara selaras menyeluruh dan harmonis. Seorang individu yang seimbang dan harmonis adalah manusia yang telah memiliki sahsiah yang bersepadu, menikmati keseimbangan dan kesejahteraan dalam jiwanya. Jelaslah bahawa falsafah pendidikan kebangsaan merupakan pernyataan yang mengandungi perkara-perkara yang mesti menjadi panduan dan rujukan untuk merancang, melaksana dan mencapai matlamat pendidikan Malaysia.
MENTERJEMAH BENTUK DAN PROSES PENDIDIKAN BAGI MEREALISASIKAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Mohamad Zulkiffli Bin Mohamed (D20211098490)
Pendidikan di Malaysia mengamalkan Pendidikan yang
berterusan. Pendidikan ini merupakan proses yang berlaku kepada seseorang
individu sejak kecil hingga ke akhir hayat bagi merealisasikan hasrat falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Bentuk dan proses Pendidikan perlulah digahami dan diterjemahkan
sebelum dilaksanakan.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Perlaksanaan bentuk dan proses Pendidikan perlu
diterjemahkan dengan sebaiknya supaya dapat merealisasikan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu dijadikan
sebagai rujukan untuk merancang, melaksana dan mencapai segala matlamat
Pendidikan.
MENJAYAKAN
KEBERHASILAN PENDIDIKAN YANG DIMAKTUBKAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Nur Amy Nadzirah Binti Mat Zali(D20211098512)
Falsafah
Pendidikan kebangsaan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia mengandungi beberapa matlamat yang dimaktubkan dalam falsafah
Pendidikan kebangsaan Pendidikan ke arah mengembangkan potensi murid secara
menyeluruh, menjadikan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani, melahirkan insan yang berilmu, berkahlak,bertanggungjawab dan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmoian keluarga,
masyarakat dan negara. Oleh itu, semua matlamat di atas tidak akan tercapai
sekiranya guru tidak memberi kerjasama yang baik dan memainkan peranannya.
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, jelas mengatakan bahawa tujuan
Pendidikan tinggi atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia
secara insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu
pengetahuan, bertanggungjawab,berhati mulia, berakhlak dan berbakti.
Memperkembangkan diri dan murid secara
holistik
guru wajib memainkan peranan kerana ianya penting dalam merealisasikan semua matlamat ini iaitu dalam mengembangkan potensi individu secara menyeluruh yang merangkumi dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek.Potensi merupakan bakat, kebolehan atau keupayaan yang ada pada seseorang individu. Sejak lahir individu memiliki pelbagai keupayaan, Namun begitu, tidak semua bakat atau keupayaan dapat dilihat dengan jelas kerana sebahagianya lagi adalah terpendam dalam diri individu.Sehubungan dengan itu, guru berperanan mengembangkan potensi murid setiap murid sehinggan mencapai ke tahap cemerlang. Justeru itu, jasmani murid boleh diperkembangkan melalui penglibatan aktif seseorang murid melalui aktiviti kokurikulum. Manakala emosi, rohani dan intelek pula boleh diperluaskan dengan melibatkan murid itu ke dalam setiap aktiviti pengajaran dan program-program ilmiah seperti forum, debat atau berpidato.Oleh itu, di sini guru ditugaskan untuk memberi secara langsung iaitu dengan tunjuk ajar dan pengukuhan supaya murid sentiasa bersemangat untuk terlibat dalam sebarang aktiviti kokurikulum. Ini secara tidak langsung dapat membantu murid berfikiran terbuka, berfikiran cerdas dan tergolong dalam golongan kelas pertama.
Memupuk
Cinta Murid Terhadap Ilmu dan Berperibadian Murid
Selain
itu,memupuk rasa cinta murid terhadap ilmu pengetahuan dan peribadi yang mulia.
Hal ini dikatakan demikian kerana untuk melahirkan murid yang berlimu, guru
perlulah menyemaikan minat murid terhadap ilmu sejak dari mula lagi.Bukan itu
sahaja, guru harus menekankan kepentingan ilmu kepada murid kerana ia tiket
kejayaan dunia dan akhirat. Penelitian harus diberikan ketika melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hal ini dikatakan demikian
kerana melalui proses ini dapat menyemai rasa cinta terhadap diri, masyarakat
dan negara. Sehubungan dengan itu, tugas seorang guru itu bukan sahaja terhad
di dalam kelasa sahaja kerana ia perlu mengajar, mendidik dan memimpin.Malah
mengajar itu agak terbatas dan perlu disempurnakan di dalam kelas sahaja tetapi
tugas mendidik dan memimpin sentiasa berterusan walaupun murid itu tidak berada
di Kawasan sekolah.
Melahirkan
Rakyat Malaysia yang Berketerampilan
Di
samping itu,rakyat Malaysia yang berketerampilan.Hal ini dikataka demikian kerana keterampilan
membawa maksud mempunyai kebolehan dalam melaksana dan menyempurnakan sesuatu
tugas serta tanggungjawab dengan cemerlang.Keterampilan juga meliputi beberapa
aspek seperti pemikiran, kepercayaan dan perasaan.Matlamat yang ingin dicapai dalam keberhasilan pendidikan ini
adalah melahirkan rakyat yang
berkemahiran dan kecekapan dalam
melaksanakan suatu tugasan agar setiap tugasan yang dilaksanakan menjadi
sempurna. Sebagai contoh ciri-ciri seorang individu yang berketerampilan yang
ingin diwujudkan dalam sesebuah negara ialah berilmu pengetahuan ynag tinggi.
Ilmu pengetahuan sememangnya merupakan kunci satu kejayaan dalam apa jua bidang
yang diceburi.Dalam situasi perkembangan dunia kini dimana perkembangan
teknologi begitu pesat , jadi ilmu pengetahuan mudah untuk dirungkai dan
diperolehi.
Membangunkan Pelajar Secara Seimbang Dan
Harmonis
Justeru itu, membangunkan pelajar secara
seimbang dan harmonis juga merupakan elemen dalam menjayakan keberhasilan
Pendidikan. Hal ini dikatakan demikian kerana keseimbangan adalah penting bagi
memastikan tiada mana-mana aspek yang diberi perhatian lebih dan ada pula aspek
tertentu ysng terabai.Manusia yang sejahtera merupakan manusia yang pembangunan
dirnya berlaku secara menyeluruh melibatkan semua potensi diri.Dalam hal ini, ia boleh jadi
insan yang berjaya dalam kerjayanya, bersyukur dengan nikmat yang diterima tetapi pada masa yang sama sedia berhadapan
dengan segala cabaran dan rintangan yang dihadapi, bertingkah laku baik,tidak
mementingkan diri sendiri dan sedia membantu orang lain serta prihatin.
Sebaliknya, seseorang ynag bijaksana dan mampu menjawat jawatan yang memberikan
pendapatan lumayan belum tentu kehidupannya harmonis jika pada masa yang sama
tidak berbudi pekerti mulia, tidak manghormati orang lain dan tidak menunaikan
tuntutan agama.Oleh itum FPK jelas menegaskan pembangunan insan hendaklah
seimbbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani bagi membolehkan manusia
menjalani kehidupan dengan harmonis, seterusnya membentuk keluarga, masyarakat
dan negara yang aman dan damai.
Meletakkan
Kepercayaan Kepada Tuhan sebagai Asas
Seterusnya,
berpaksikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan merupakan prinsip pertama
Rukun Negara.Mempunyai kepercayaan beragama serta mematuhi dan mengamalkan
segala perintah agama adalah penting dalam mengawal diri individu.Hal ini
dikatakan demikian kerana ianya menunjukan betapa pentingnya prinsip ini kepada
pembentukan sebuah negara Malaysia yang harmoni di mana rakyat di negara kita
terdiri daripada pelbagai agama,kaum budaya, Bahasa dan sebagainya.Dalam
Falsafah Pendidikan kebangsaan kepercayaan dan kepatuhan dapat meningkatkan dan
mengukuhkan kepercayaan beragama serta dapat menyedari bahawa manusia dijadikan
untuk memakmurkan alam merupakan elemen yang keenam dan ketujuh dalam
FPK.Seterusnya, dalam elemen yang kelapan menjelaskan setiap individu juga
harus sedar bahawa manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatannya manakala dalam elemen yang kesembilan dalam
FPK juga mengetahui bahawa fenomena alam adalah peraturan yang ditetapkan
Pencipta. Oleh sebab itu, kita haruslah sentiasa bersyukur atas nikmat yang
Allah berikan kepada kita selama ini.Tambahan pula, setiap individu perlu yakin
wujudnya Pencipta yang mencipta manusia dan alam.Dalam hukum dan fenomena alam
hendaklah difahami dan dipatuhi agar kesejateraan dan kemakmuran terpelihara.Manusia
yang dijadikan oleh Pecipta adalah dipertanggungjawabkan untuk menjaga alam dan
mentadbir alam.Sekiranya amanah ini diabaikan boleh membawa bencana dan
malapetaka yang boleh menganggu kesejahteraan dan kemakmuran manusia dan alam.
Kesimpulannya,kewujudan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan berfungsi sebagai panduan kepada para pendidik untuk
terus produktif dan kreatif dalam melaksanakan aktiviti Pendidikan sama ada
dalam bidang kokurikulum mahupun kurikulum. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juag
merupakan pernyataan yang mengandungi perkara-perkara yang mesti menjadi
panduan dan rujukan untuk merancang, melaksana dan mencapai matlamat Pendidikan
Malaysia. Secara tersurat Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi 2 ayat dan
69 patah perkataan tentang proses dan matlamat Pendidikan yang dihasratkan.Oleh
yang demikian keberhasilan tersebut bergantung kepada sejauhmana guru-guru
sebagai pelaksana dapat memahami dan menterjemahkan hasrat tersebut menerusi
perana yang mesti ditunaikan.
IMPAK
PERANAN GURU KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT PENDIDIKAN MALAYSIA
Khir Badriz Bin Mohamad(D20211100288)
Guru perlu mengamalkan
kemahiran professional
Guru
yang mempunyai kemahiran profesional yang tinggi dan kecerdasan emosi memainkan
peranan penting dalam memupuk generasi yang berpengetahuan, berpengetahuan,
mahir, dan beretika selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Peranan ini
penting dalam mempromosikan pendidikan Malaysia kepada pendidikan bertaraf
dunia. Kemahiran yang perlu dipedulikan adalah pemikiran dan kemahiran membina.
Ajar pelajar untuk menggunakan pemikiran peringkat tinggi, melatih pelajar
dengan modal intelektual yang tinggi, dan bersedia untuk era globalisasi. Dia
juga menghadapi landskap yang jauh dan luar biasa. Secara tidak langsung, ia
juga menggalakkan guru untuk menguasai pelbagai kemahiran umum, seperti
berfikir dan mengintegrasikan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
dalam pengajaran dan pembelajaran, serta kemahiran bahasa kedua.Sehubungan dengan itu,
Kementerian Pelajaran sentiasa menganjurkan pelbagai kursus jangka panjang dan
pendek untuk guru agar para pendidik dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran
ini dalam proses PdP.
Guru sebagai pendorong
pemikiran kritis dan kreatif.
Guru dianggap sebagai
pengusaha dan perlu mempunyai ciri-ciri pengusaha yang dinamik dan mempunyai
kemahiran dan kebolehan inovasi dan pemikiran kreatif. Ini kerana usaha akan
membawa kepada pembangunan modal insan negara melalui idea-idea mereka. Peranan
guru akan mengukuhkan gaya pemikiran pelajar, membolehkan mereka menjana
idea-idea baru yang bijak dan kreatif, dan memupuk pelajar yang kompeten dalam
pelbagai bidang dan kebolehan. Guru bertanggungjawab meransang pemikiran murid
dengan pemilihan teknik yang memberi ruang kepada murid untuk meneliti, mengamati
dan berfikir serta pembelajaran di luar bilik darjah yang meluaskan lagi
pengalaman dan pengamatan pelajar terhadap persekitaran. Selain itu, kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang bersumberkan kepada mengajak murid-murid
berfikir dan menyelesaikan masalah di samping membaca pelbagai bahan.
Guru berperanan menggilap potensi murid-murid
Setiap manusia diberi
kelebihan dan kekurangan masing-masing yang berbeza-beza. Sebagai seorang guru
keistimewaan yang dicari dan digilap bukan kelemahan seseorang murid yang
dicari agar menjadi manusia yang berguna bukan sahaja untuk diri sendiri
malahan mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Oleh yang
demikian, guru hendaklah bijak memainkan peranan tersebut agar kebolehan
murid-muridnya tidak disia-siakan begitu sahaja. Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) memastikan kurikulum sekolah mampu memanfaatkan potensi sedia ada di
dalam diri murid dengan memberi penekanan kepada pendidikan berasaskan nilai
murni sperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam dan nilai merentas kurikulum.
Guru yang mengendalikan mata pelajaran tersebut akan berperanan dalam mengenal
pasti bakat murid dan seterusnya menggilap potensi mereka.
Guru bertindak sebagai pembentukan nilai atau role model
Nilai menjadi kayu
ukur mutu sesuatu perkara. Nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama,
terminal dan instrumental. Maka, guru hendaklah mempunyai sifat dan kualiti
professional, peribadi dan sosial yang baik lagi murni supaya dapat menjalankan
tugas sebagi pendidik dengan sempurna. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang
beriltizam akan menjadi role model kepada murid-murid. Ini mendorong kepada
perkembangan beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalan di dalam
bilik darjah.
Guru berperanan sebagai pembimbing
Guru bukan sahaja
bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran mata pelajaran
kepada murid malah perlu memastikan muridnya mempunyai kemahiran menagani
masalah yang dihadapi di dalam kehidupannya. Peranan guru sebagai pembimbing
dan kaunselor sangat penting dalam memastikan pembangunan manusia yang berilmu
dan boleh berfikir untuk membawa perubahan kehidupan manusia ke arah yang lebih
selesa dan sempurna. Guru yang bertindak sebagai pembimbing akan membantu
muridnya seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi dan bersedia
dengan kemahiran bimbangan dan kaunseling untuk membimbing pelajar dalam proses
pembinaan modal insan yang menepati acuan seperti mana yang termaktub pada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Kesimpulannya, dengan
usaha yang bersungguh-sungguh menerusi transformasi bersepadu sudah pasti
sistem pendidikan negara mampu mendepani cabaran yang sentiasa berubah pada
abad kini.
NAMA KURSUS; PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR KOD KURSUS: (KPF 3012) KUMPULAN: H NAM...